Sabtu, 28 Mac 2020

Collegiate Atlas World

Assalamualaikum...


Saya membaca buku ini di BookExcess.

Buku ini menceritakan tentang geografi dunia.Di dalam buku ini ada pelbagai jenis peta.Ada peta geografi,peta politik,peta cuaca dan peta-peta yang lain.


Peta geografi menerangkan mengenai kawasan hutan,bandar,kawasan lapang dan air.
Peta politik menerangkan mengenai jalanraya,lebuhraya, sempadan negeri dan sempadan negara.
Peta cuaca pula menererangkan mengenai kawasan mana yang selalu hujan/panas.

Saya suka buku ini kerana ia menceritakan tentang geografi.

Isnin, 16 Mac 2020

Alam Matematik:Bahagian Pertama

Assalamualaikum...


Untuk buku hari ini,saya menceritakan tentang buku Alam Matematik.Bab-bab buku ini disusun daripada A ke Z.Buku ini diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu. Saya baru membacanya sehingga bab D(Kalkulus Pembeza).Bab A(Aritmetik) menceritakan tentang nombor perdana,nombor gubahan,nombor Mersenne dan nombor Erdos.Bab B(Cubaan Bernoulli) pula menceritakan tentang keberangkalian berjaya atau gagal.Bab C(Bulatan)pula menceritakan tentang bulatan dan huruf Yunani,𝛑.Bab D(Kalkulus Pembeza)pula menceritakan tentang cerun.

Saya suka buku ini kerana ia menceritakan tentang matematik.

Itu sahaja untuk Bahagian pertama.Sekian,terima kasih.Bye!

Selasa, 3 Mac 2020

Hari jadi

Assalamualaikum...

Tarikh hari ini ialah 3/3/2020.Hari ini hari jadi saya.Saya juga ada lukis komik pada hari Ahad.Namanya:What to Draw? 1.
Itu sahaja untuk hari ini.Sekian,terima kasih.Bye!

Collegiate Atlas World

Assalamualaikum... Saya membaca buku ini di BookExcess. Buku ini menceritakan tentang geografi dunia.Di dalam buku ini ada pelbagai j...